Facebook pejuang tokgajah46

Jumaat, Januari 16, 2009

Rabu, 2009 Januari 14

Beli Camry: Menteri Besar Berbohong dan Buat-buat Bodoh!

















Sebulan lalu PembangkangSelangor.com telah pun membuat pendedahan mengenai pembelian Camry yang ketika itu dianggarkan RM 2.1 juta untuk 14 buah. Malangnya ia dinafikan oleh Khalid Ibrahim. Semalam Menteri Besar tersebut mengakui pembelian tetapi dengan jumlah dan kos yang berlainan. Kenyataan Menteri Besar Selangor semalam bahawa kos pembelian Toyota Camry tidak melebihi RM 1.3 juta merupakan satu pembohongan dan pemalsuan fakta yang sangat menakjubkan.

Harga dan Jumlah Kereta

Kenyataan beliau hanya 10 buah Toyota Camry yang dibeli bukan sahaja tidak benar malah bertujuan mengelirukan orang ramai. Menurut maklumat yang diterima jumlah pesanan yang dibuat sekitar 15 buah dengan harga RM 2.5 juta. Jika kerajaan Selangor terima jumlah pesanan kereta tersebut sebanyak 10 buah sahaja pun kos pembelian sudah sekitar RM 1.7 juta. Jadi di mana logiknya Khalid menjustifikasikan harga kesemua kereta tersebut di bawah RM 1.3 juta?

Proses Sebut Harga Memperbodohkan Umum?

Lebih melucukan, Menteri Besar Selangor menyatakan bahawa proses pembelian kereta dilakukan secara sebut harga dengan memanggil pengedar-pengedar kereta lain termasuk Proton, Honda dan sebagainya.Persoalan kita ialah bagaimanakah menentukan sebut harga yang terbaik sedangkan harga kereta merupakan perkara subjektif bergantung kepada model dan pengeluar?

Apakah Khalid ingin memberitahu umum bahawa 10 buah kereta proton Perdana V6 lebih mahal dari Toyota Camry 2.4v? Janganlah memperbodohkan orang ramai dengan alasan yang tidak masuk akal.Kita juga sudah mengetahui bahawa Selangor membuat keputusan membeli kereta Camry jadi mengapa perlu mengambil sebut harga dari pengedar kereta jenama lain? Bukankah sepatutnya kerajaan negeri mengambil sebut harga dari beberapa pengedar Camry?Alangkahnya aneh apabila mahu membeli epal tetapi meminta sebut harga pisang untuk dibandingkan?

Kenyataan mengenai sebut harga ini menimbulkan beberapa tanda tanya baru. Ini kerana ia disebut seolah-olah untuk melindungi tuduhan bahawa ada orang tertentu mempunyai kepentingan peribadi dalam isu ini.

1. Siapakah pengedar (dealer) Toyota Camry yang berjaya mendapat tender membekalkan kereta ini?

2. Adakah EXCO YB Ronnie Liu mempunyai kepentingan tertentu dalam pembelian ini? Pertanyaan ini tidak dapat dielakkan kerana beliau merupakan orang yang terkehadapan dalam menggesa kerajaan negeri di bawah Pakatan rakyat menukar kereta Proton V6 kepada Camry.

Sumber : pembangkangselangor.com

BPR HARUS SIASAT : RONNIE LIU TERLIBAT

BPR harus memulakan siasatan secepat mungkin terhadap pembelian kereta Toyota Camry 16 biji oleh Kerajaan Negeri Perak utk kegunaan MB dan Exco-ExcoSebagaimana yg diketahui umum di Perak walaupun MB nya drp PAS tetapi kuasa pemerintahan di tangan DAP.Beliau ibarat "CHAIRMAN" yg dilantik dan dibayar elaun sahaja,tetapi "DIRECTOR" yg mempunyai kuasa penuh dan menandatangani cek adalah DAP.

Begitu juga dalam kes pembelian Toyota Camry ini,kuasa membeli bukan di tangan Pak Pandir Nizar bahlol,tetapi kuasa sialan Ngeh drp DAP. Pak Pandir ni hanya tahu mengumumkan dan menghentam Proton sahaja.Hubungan kawan sesama DAP antara Ronnie Liu dan Ngeh Koo Ham telah lama terjalin sebelum kedua-dua ekor beruk sial ini menjadi Exco di Selangor dan Perak.Ronnie Liu sebelum menjadi exco adalah seorang penjual kereta model Toyota.

Setelah menjadi Exco beliau lepas jawatan tersebut dan beri kepada satu proksi menjaga perniagaan kereta itu.Beliau mempunyai kawan yg ramai yg menjadi jurujual dan pengedar kereta Toyota.Malah ada dikalangan saudara terdekat beliau juga menjadi pengedar Toyota. Sebab itu saya amat terkejut bulan lepas apabila Ronnie ada membuat kenyataan meminta Kerajaan Selangor menukar kereta Perdana V6 kepada Toyota Camry. Kenapa Toyota sahaja yg sering meniti dimulut Ronnie,? Tidak jenama lain ?Saya amat terkejut beruk apabila Kerajaan Perak umumkan pembelian Toyota Camry semalam.

Di hati saya terus terdetik "sah kerja siberuk Ronnie yg suruh sibabi Ngeh ni beli Toyota Camry".Padahal sebelum ini MB Pandir Perak ni pernah berkata kemungkinan Kerajaan Negeri Perak akan tukar Perdana v6 kepada Honda. Alih-alih Toyota yg diumumkan. Saya yakin 100 % Ronnie Liu terlibat sama dalam kes pembelian kereta Toyota Camry Kerajaan Perak ini. Memang ramai orang tidak mengetahui yg Ronnie adalah penjual kereta Toyota sebelum ini,tetapi saya tahu dan tahu........

Sumber: http://zemi-tko.blogspot.com/2008/12/bpr-harus-siasat.html