Facebook pejuang tokgajah46

Jumaat, Januari 23, 2009

PAS = PARTI AJARAN SESAT?

Semalam, ketika saya berhenti di persimpangan Chabang Tiga, kelihatan beberapa orang balaci PAS sedang mengedarkan Perutusan Khas Kepada Pengundi Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu oleh Mursyidul Am PAS. Saya juga tidak terkecuali menerima 'bahan propaganda' PAS ini.
Saya membaca kertas bersaiz A4 itu dan apabila sampai di ayat yang diwarna dengan warna merah, lantas saya tergelak besar kerana memikirkan betapa kata-kata oleh Nik Aziz ini akan berjaya menarik pengundi Kuala Terengganu untuk mengundi PAS. Namun demikian, saya beranggapan bahawa rakyat di Kuala Terengganu adalah daripada golongan bijak pandai dan insya-Allah mereka tidak akan terpengaruh dengan dakyah bodoh daripada Nik Aziz ini. Mungkin kita tidak boleh menyelamatkan pengundi dan penyokong PAS yang fanatik namun jika seseorang yang berada di atas pagar dan mempunyai pemikiran yang terang, insya-Allah mereka akan menolak PAS dan memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN).
Saya tulis semula peringatan Nik Aziz yang diwarnakan dengan warna merah ini untuk sama-sama kita fikirkan kata-kata beliau ini. Kata-kata beliau begini, "Gunakan senjata undi masing-masing di hari itu yang sekira-kiranya bila ditanya oleh Allah SWT kelak, tuan/puan boleh kata bahawa tuan/puan pernah membela Islam melalui sepangkah undi dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu sewaktu di dunia dahulu - sekurang-kurangnya. Wassalam" .
Peringatan di atas jelas menunjukkan bahawa Nik Aziz dan PAS sanggup memperalatkan agama Islam demi untuk memenangi pilihan raya kecil ini. Harus di ingat bahawa Islam adalah satu agama yang suci manakala PAS pula hanya sebuah parti yang kini dilihat semakin jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Nik Aziz dalam peringatan beliau memberitahu bahawa apabila pengundi di Kuala Terengganu ini meninggal dunia, mereka akan ditanya oleh Allah tentang undi yang diberikan kepada PAS. Bodoh sangat ayat Tuan Guru Nik Aziz ini. Memang sangat bodoh dan mempermainkan Islam demi kuasa. Adakah beliau tidak sedar bahawa sebagai seorang pemimpin, beliau akan disoal lebih teliti dan banyak sewaktu di dalam kubur nanti? Apakah yang beliau lakukan kepada rakyat Kelantan sewaktu pemerintahan PAS? Apakah yang Haji Hadi buat kepada negeri Terengganu sewaktu pemerintahan PAS tahun 1999-2004?
Jadi, jangan kelirukan umat Islam terutama di Kuala Terengganu mengenai kenyataan mengundi PAS masuk syurga. Ini adalah satu kenyataan yang amat bercanggah dalam Islam. Balaci-balaci PAS ini akan berjumpa orang ramai dan menyatakan bahawa jika mereka memberi undi kepada PAS, mereka akan masuk syurga. Bagi mereka yang kurang ilmu akan terpengaruh dengan dakyah jahat PAS ini dan mereka dengan bodohnya memangkah PAS. Kalau macam ni, pengundi Cina yang memangkah PAS juga akan masuk syurga tanpa memeluk agama Islam.
Bagi saya, PAS hari ini semakin kalut dan tidak konsisten dengan kenyataan yang keluar daripada mulut pemimpin-pemimpin PAS. Haji Hadi sendiri sekarang semakin terdesak mengenai hukum Hudud dan menyatakan bahawa Karpal Singh sudah memahami Hudud dan tidak perlu diberi penerangan tentang hukum tersebut. Semalam, Karpal menyanggah kenyataan Haji Hadi dan meminta beliau memberi fakta sebenar tentang hukum Hudud. Kalau macam ni punya pemimpin PAS, apa lagi balaci-balaci macam KIFLI dan SETAPAKIAN yang semakin kelam-kabut mempertahankan PAS.
PAS tidak layak digelar Parti Islam Semalaysia dan saya ada nama baru untuk PAS iaitu PARTI AJARAN SESAT. Mungkin nama baru ini agak sesuai untuk PAS yang suka menjadikan Islam sebagai senjata mereka untuk berkuasa dan mengeluarkan fatwa songsang yang boleh mengelirukan masyarakat Malaysia.