Facebook Atuk Banjar Masin

Khamis, Januari 15, 2009

PAS KALUT, ANWAR SERABUT, DAP KECUT


Pas semakin terdesak mencari isu untuk berkempen di Kuala Terengganu. Tiada apa yang hendak diperkatakan kerana sejarah mereka yang cukup meloyakan telah terpahat di sana. PAS kini beralih arah mencari isu-isu ciput dan lapok. Terbaru mereka mempertikaikan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu yang melanjutkan perkhidmatan mereka hingga ke malam. PAS cuba menyelak-nyelak situasi ini, kot kot ada yang terkoyak...boleh tumpang skoden..Tujuan perlanjutan tersebut hanya untuk kemudahan para pengundi menyemak status mereka, apa yang PAS nampak hanyalah HANTU....klik S.I.N.I

Sebelum ini, PAS turut mempersoalkan pihak polis yang terlalu ramai di Kuala Terengganu. Itu pun nak dijadikan isu akibat tiada modal kukuh dah sahih. Kehadiran polis hanya untuk mengelakkan sesuatu yang tidak baik berlaku sekali lagi disalah tafsirkan untuk kepengtingan politik mereka. Gamaknya semua petugas-petugas PAS menonggeng ke bawah memandang melalui celah kelangkang masing-masing bagi memastikan setiap yang hadir di Kuala Terengganu itu bukan hantu. Yaa...sekali lagi PAS mengatakan (tanpa bukti dan fakta kukuh) mereka nampak bas-bas pengundi HANTU...klik
S.I.N.I

DSAI pula menyebut pasal hudud. Beliau pula yang menyokong pelaksanaan hukum hudud jika Pakatan Rakyat memerintah dengan berjanji tidak akan membabitkan orang bukan Islam. Hukum hudud hukum tuhan, wajib laksanakan, tak payah hanya kerna politik, benda ini hendak dibesar-besarkan. Kalau nak dilaksanakan, buat sahaja pilot project di Kelantan dan kita lihat keberkesanannya. Kalau tak mau buat, jangan di perdebatkan, silap haribulan lari akidah orang yang berdebat dengan yang mendengarnya. Hukum Tuhan bukan untuk didebatkan, ianya untuk dilaksanakan kerana memang hukum tersebut tiada cacat celanya! DSAI memang serabut, umpama lalang ditiup angin ribut kencang...bersuara lantang bila pilihanraya datang...klik S.I.N.I

DAP pulak dah makin kecut. Buka mengecut, tapi kecut perut dengar DSAI menyokong Hudud. Takut-takut bila diaplikasikan, Karpal Singh dan Lim Kit Siang kena masuk wad, BERSUNAT! Karpal terus mengugut, SILA JELASKAN PENDIRIAN! Kalau tidak kami tak mau lagi berkawan...lagi baguih! klik S.I.N.I

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,