Facebook Atuk Banjar Masin

Selasa, Januari 13, 2009

Pakatan Rakyat Tidak Menguntungkan Islam/Melayu

Kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU 12 yg lalu terbit dari tsunami politik yg telah ditiupkan oleh sabuah parti pembangkang yg tidak bertanggungjawab. Mereka meniupkan khabar angin memburuk2 kan kerajaan dan pemimpin2 BN.

Maka tercetuslah kebencian terhadap pemimpin2 BN, terutamanya PM dan menantunya. Pengundi mahu PM berundur kerana disifatkan lemah dan tidak tegas. Ekonomi negara kunun nye jatuh disebabkan PM tidak bijak mentadbir negara.

Disebalik itu juga ianya telah memecah-belahkan sokongan rakyat terhadap pemerintah. Kaum india menyokong DAP atau PKR (hindraf) sebelum tu penyokong MIC, kaum cina pula menyokong DAP sebelum tu penyokong MCA. Kaum melayu terutama nye Parti PAS pula tolong menguatkan DAP dan PKR. Akhirnya mereka berkuasa di Kedah, P.Pinang, Perak dan Selangor.

DAP yg terang dan nyata anti-Islam, menentang hukum hudud dan pembentukan negara Islam yg diangan2 kan oleh PAS. Mengapa PAS masih mahu bersengkokol dengan DAP? Mengharafkan DAP akan berubah dan menyokong negara Islam PAS?

PKR parti serpihan yg terkeluar dari UMNO tanpa pendirian yg khusus, ikut cara DAP atau PAS atau UMNO?
Boleh dikatakan kaum melayu dlm PKR itu berasal dari UMNO.
Apakah bezanya semasa dlm UMNO dan setelah keluar UMNO?

Tok rasa PKR yg terkeluar dari UMNO ni lebih teruk dari UMNO yg asal.
Adakan PAS tidak tahu atau pura2 tidak tahu. PAS telah mengkhianati ahli2 nya.

Walaupun mereka memerintah atas nama Pakatan Rakyat, malangnya suara PAS dan PKR tenggelam. DAP lebih menyerlah dlm semua hal pentadbiran. Kaum cina nampak lebih terbela dari kaum2 lain. Kaum india yg terdiri dari pengikut kumpulan hindraf sudah nampak kecewa kerana tuntutan mereka tidak tercapai.

Terbaharu DAP sekali lagi menyatakan pendirian nya TIDAK BERSETUJU hukum Hudud dan Negara Islam yg di idam2 kan oleh PAS.

Sekarang para penyokong PAS harus membuat satu kesimpulan, masih mahu berada dlm Pakatan Rakyat atau keluar tidak menyokong mana2 parti yg TIDAK MEMBELA ISLAM. Jika tidak, ahli2 kena berfikiran waras dan membuat keputusan keluar parti.
J

Kaum melayu harus sedar diatas kesilapan mereka. Menyokong Pakatan Rakyat merugikan mereka. PAS yg diharaf untuk menegak kan negara Islam sudah tergelincir keluar landasan. PKR pula sebuah parti yg mengharaf sokongan kaum cina dan india sudah tentu perhatian dan tumpuan nya akan berat kearah kaum cina dan india.

Beraleh pula kita kepada PRK di KT, tok rasa rakyat di KT sedar dan bijak mengundi - hanya BN sahaja yg boleh membawa kemajuan, kemakmoran dan keamanan untuk rakyat Malaysia. Jangan terpedaya dengan kata2 dan janji2 kosong Pakatan Rakyat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,