Facebook Atuk Banjar Masin

Jumaat, Januari 16, 2009

Karpal angkuh: MB Kedah

16 January 2009

Karpal angkuh: MB Kedah

Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar

bhnews@bharian.com.my
Ugutan kerana tidak faham dasar Pakatan Rakyat - Karpal Singh tidak faham?

ALOR STAR: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyifatkan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebagai individu angkuh yang mementingkan diri sendiri selain tidak memahami dasar penubuhan Pakatan Rakyat yang memerlukan persefahaman dan toleransi antara anggota.

Beliau berkata, tindakan Karpal mengugut DAP akan menarik diri daripada Pakatan Rakyat jika Pas masih mahu melaksanakan undang-undang hudud dan qisas, adalah tindakan melulu yang tidak berasas selain boleh mengeruhkan hubungan parti dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, sebagai orang lama dalam DAP, Karpal seharusnya lebih matang dalam mengeluarkan kenyataan selain menghormati dasar yang diperjuangkan oleh setiap parti di bawah Pakatan Rakyat.
(DAP di bawah pimpinan Karpal Singh dari dulu kini dan selama2 nye anti-Islam - Ustaz tak faham2 atau tak mau faham.)

"Ini bukan kali pertama Karpal mengeluarkan ugutan seumpama ini. Sebagai orang lama dia (Karpal) tidak sepatutnya membuat kenyataan berkenaan dan cuba bangkitkan isu sensitif yang boleh menggugat perpaduan dalam Pakatan Rakyat," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan Pegawai Masjid, di Kolej Universiti Insaniah (Insaniah), di sini, semalam.
(Ini menguatkan lagi bukti bahawa Karpal Singh(DAP) anti-Islam)

Kelmarin, DAP mengancam untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat jika Pas masih mahu melaksanakan undang-undang hudud dan qisas andai pembangkang menerajui negara ini.

Karpal mengulangi pendirian DAP, hukum hudud dan qisas bukan menjadi dasar parti itu serta tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum, Mac lalu.

Sementara itu, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, setiap parti anggota dalam Pakatan Rakyat, termasuk Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mempunyai dasar masing-masing yang masih boleh terus diperjuangkan mengikut kesesuaian dan rundingan bersama.
(Satu parti, dasar berlain-lainan, parti apa ni? - Parti Caca Marba)

"Tidak bererti bila kita masuk Pakatan Rakyat kita kena korbankan dasar parti yang sebelum ini diperjuangkan. Macam Barisan Nasional (BN) jugalah, Umno perjuangkan kepentingan orang Melayu, MCA untuk orang Cina dan begitu jugalah MIC," katanya.
(PAS perjuangkan cina di Perak , PKR perjuangkan Cina di Selangor, DAP perjuangkan cina di semua negeri perintah Pakatan Rakyat. Ada sama ka macam BN? Kah! kah! kah!)

Beliau berkata, apa yang dilihat ketika ini, bukan DAP yang bermasalah dalam Pakatan Rakyat tetapi Karpal yang cuba menimbulkan sesuatu isu basi yang tidak perlu lagi dibincangkan.
(Ini lah yang dikatakan statement 'LAWAK')

"Kita tidak ambil kisah (ugutan) ini bukan pertama kali terjadi. Bagi Karpal semua orang tidak betul, dia saja yang betul, Anwar Ibrahim dia marah... Pas dia marah.. semua benda dia marah, mungkin sebab dia rasa dia peguam (bagus).
(Dah tahu pun orang marah! Kenapa masih mahu cuim bontot si kafir tu!)

"Kalau dia tidak mahu undang-undang Islam maknanya dia tidak suka Islam. Kalau dia boleh ugut dengan mengatakan DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat, Pas juga boleh menyatakan perkara sama (keluar Pakatan Rakyat) kalau DAP tidak setuju dengan negara Islam (undang-undang)," katanya.
(Bila lagi nak keluar?
Jangan cakap tak serupa bikin?
Nak tunggu semua orang Islam yang berakal lari tinggalkan PAS?)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,