Facebook pejuang tokgajah46

Selasa, Januari 27, 2009

3 ahli UMNO didakwa rasuah - SPRM buktikan tidak pilih bulu dalam membanteras rasuah


KUALA LUMPUR 22 Jan. – Tiga termasuk dua pemimpin UMNO dihadapkan ke mahkamah hari ini atas dakwaan rasuah pada pemilihan peringkat bahagian parti itu tahun lalu.

Ketiga-tiga mereka dituduh memberi suapan wang tunai bagi mendapatkan undi pada pemilihan tersebut.

Di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini seorang guru penolong kanan mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberi rasuah RM400 kepada dua ahli parti itu bagi pemilihan ketua dan timbalan ketua UMNO bahagian Raub pada September tahun lalu.

Junaidi Abdul Hamid, 45, yang juga ahli UMNO bahagian itu didakwa melakukan perbuatan itu dengan memberikan RM200 kepada Noranizah Abd. Hamid yang juga adik iparnya di Coffee House, Tingkat 1, Hotel Grand Season di sini pada pukul 8 malam, 13 September 2008.

Wang itu dikatakan sebagai dorongan agar Noranizah mengundi Datuk Mustafar Kamal Ab. Hamid sebagai Ketua dan Datuk Abdullah Bakar sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Raub.

Junaidi turut didakwa merasuah Adnan Samad sebanyak RM200 atas tujuan yang sama di hotel berkenaan.

Hakim Rosbiahanim Arifin membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Beliau menetapkan 23 Mac ini untuk sebutan semula kes itu.klik di sini

Tindakan SPRM tepati hasrat Umno

DUBAI: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dan mendakwa beberapa pemimpin Umno berhubung politik wang boleh dilihat sebagai sesuatu yang menepati hasrat parti untuk membasmi gejala itu.

Presiden Umno itu berkata, ia juga menghantar mesej kepada setiap anggota Umno bahawa parti itu tidak akan berkompromi dengan amalan politik wang.

"Nampaknya pihak suruhanjaya menjalankan peranannya sebagaimana yang diharapkan kerana tugas mereka ialah mencegah rasuah.

"Dan tindakan yang telah mereka ambil baru-baru ini yang melibatkan beberapa orang dari parti Umno membuktikan bahawa mereka (SPRM) ada kebebasan, dan mereka bertindak dengan bebas," kata Abdullah yang juga Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi dua hari beliau ke Emiriyah Arab Bersatu di sini, semalam.


Menjawab satu pertanyaan, Abdullah berkata SPRM menyiasat laporan berhubung amalan politik wang itu berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh orang Umno sendiri. BERNAMA


komen PB

Kita ucapkan syabas kepada SPRM yang menangkap ahli UMNO yang terlibat di dalam pemilihan UMNO tahun lepas. Kita semua sedia maklum politik wang ini dalam UMNO sudah menjadi barah dan inilah ubat yang mujarab untuk membanteras perasuah politik ini. Jika dahulu ahli2 UMNO dan pemimpin2 besar UMNO tidak takut dengan tindakan lembaga disiplin yang hanya menggantung keahlian beberapa tahun dan kini reform yang dilakukan kerajaan telah berhasil untuk membanteras politik wang dalam UMNO. Hukuman yang mampu menghadapkan perasuah ini ke mahkamah pastinya akan membuatkan ahli2 UMNO yang telah lama buat kerja ini berfikir 2 kali selepas ini . Kita harap dengan langkah ini ,ia dapat mengubah pandangan rakyat bahawa UMNO serius dan komited membanteras rasuah .